Akaun smkhajiahmadbadawi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
KEMPEN RAMADAN : PROJEK MENAIK TARAF SURAU SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

DASYATNYA SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

Semoga kita mendapat keampunan Allah seperti yang disebutkan dalam hadis Nabi, "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah serta mengharapkan keredaan-Nya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas." (Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim).



KEPALA BATAS - SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI RAYU SUMBANGAN PERCEPATKAN PEMBINAAN 30 PERATUS LAGI SURAU BAHARU


Surau lama SMK Datuk Haji Ahmad Badawi yang rosak dan tidak selamat untuk digunakan lagi.


Surau di sesebuah sekolah adalah nadi penggerak kepada aktiviti dakwah untuk pelajar mendalami ilmu-ilmu Islam. 


Sayang sekali, jika disebabkan ketiadaan surau aktiviti berbentuk pendidikan dan dakwah Islam kepada pelajar sekolah ini terpaksa ditangguhkan kerana tidak mempunyai ruangan yang bersesuaian.


Jika hal ini berlaku, jangan ada di antara kita semua menuding jari menyalahkan orang lain, sebalik tuding kepada diri sendiri.


Inilah peranan masyarakat untuk membantu mencukupkan dana RM700,000 lagi bagi mempercepatkan pembinaan surau baharu yang sedang dibina.


Tragedi surau lama

Bukan pihak sekolah tidak mahu menggunakan surau lama, tetapi ada tragedi yang menimpa pelajar ketika ingin menunaikan solat berjemaah di situ.


"Ada pelajar yang tergelincir kerana terpijak air yang bertakung di lantai surau akibat hujan, kita takut nanti ada yang tercedera pula," kata salah seorang guru di situ.


Malah, jika anda melihat struktur bumbung surau lama telah pun roboh akibat kayu mula reput. Struktur pembinaan yang lain juga semakin reput, berkarat dan tidak selamat lagi untuk digunakan.



Keadaan surau lama yang terpaksa dibiarkan kerana struktur bangunan semakin usang, berkarat, reput dan rosak.


Susulan itu, pihak sekolah telah memutuskan untuk membina surau baharu yang lengkap dengan pelbagai fasiliti untuk kegunaan pelajar-pelajar di sini :

  • Dewan solat yang boleh memuatkan jemaah antara 600 hingga 700 orang dalam satu-satu masa
  • Kelas pengajian al-Quran
  • Tempat wuduk dan bilik wuduk


Pembinaan surau baharu



Proses pembinaan surau baharu ini telah berjalan sejak beberapa tahun yang menggunakan wang sumbangan pelbagai pihak. Jumlah terkumpul setakat ini adalah RM850,000.


Surau baharu ini telah hampir siap, dan hanya tinggal 30 pertaus sahaja lagi untuk membolehkan pelajar dan warga sekolah kembali merasai suasana surau sebenar.


Bagaimanapun kos itu belum mampu menampung jumlah keseluruhan pembinaan surau baharu itu. Pihak sekolah masih memerlukan dana sebanyak RM700,000 sahaja lagi untuk menyegerakan proses pembinaan surau itu.


Surau baharu dengan pelbagai fasiliti ini memberi pelbagai manfaat kepada pelajar dan warga sekolah antaranya :

  • Ruang ibadah dan solat lebih luas dan selesa dengan kemudahan prasarana seperti kipas, penghawa dingin dan sebagainya
  • Mampu menampung bilangan jemaah lebih ramai 600-700 orang dalam satu-satu masa
  • Mempunyai bilik dan tempat wuduk dengan lebih banyak paip air
  • Menjadi medan dakwah kepada pelajar
  • Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)



Ayuh semua, jika tiada banyak cukuplah menghulurkan sumbangan seikhlas hati. 


"Kita PERCEPATKAN PEMBINAAN SURAU yang juga sebagai sebuah pusat dakwah untuk anak-anak, bukan hanya dapat membantu generasi ini lebih terdidik tetapi untuk saham akhirat anda,".